SEMINAR SERANTAU KOMUNIKASI ISLAM & MASYARAKAT 2015 (SSKIM)
PENGENALAN
SEMINAR SERANTAU KOMUNIKASI ISLAM DAN MASYARAKAT (SSKIM) yang bertemakan “Krisis, Amalan & Tajdid Media” adalah salah satu inisiatif akademik yang diterajui oleh kumpulan penyelidikan Media & Perkabungan Negara.
Seminar dan pertandingan poster penyelidikan ini juga akan menjadi platform kepada para penyelidik dalam mengutarakan pandangan mereka terhadap isu yang berkaitan dengan media Islam khususnya dalam perkara berkaitan hari musibah/perkabungan yang melanda negara pada masa kini dan akan datang.
TEMA & SUB TEMA
Komunikasi
-
Media & Penyiaran
-
Media baharu
-
Kewartawanan
-
Perhubungan awam & Komunikasi Korporat
-
Komunikasi antara budaya
-
Dasar & Polisi
-
Isu-isu media semasa
Pengajian Islam
-
Akidah
-
Isu-isu agama dalam media
-
Isu-isu Syarak terhadap krisis
-
Perkabungan dalam Islam
-
Etika Islam dalam media
-
Penggunaan ayat Quran & Hadis dalam media
-
Penapisan kandungan media
-
Syariat Islam dalam media
-
Tajdid konsep
-
Syariah
-
Undang-undang
-
Dakwah
Antara objektif program ini adalah untuk:
-
Membincangkan sumbangan penyelidikan dan inovasi terbaharu dalam komunikasi dan media Islam hasil daripada penyelidikan yang empirical dan inovasi untuk kemaslahatan ummah.
-
Membincangkan isu-isu semasa kandungan media tempatan.
-
Membincangkan peranan, krisis dan amalan media di peringkat serantau.
-
Membincangkan saranan pengukuhan kandungan media berasaskan perspektif Islam.